Oleh : Nur Marlyannah Umar
7 November 2020
TAWAU : Parti Islam Semalaysia (PAS) Tawau hari ini selesai menghantar sumbangan kali kedua mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Batu 2, Jalan Hj. Sundu pada 17 Jun yang lalu.
Bantuan sumbangan yang diberi adalah berupa barangan dapur kepada 40 orang wakil keluarga yang diserahkan sendiri oleh AJK PAS Pusat merangkap YDP PAS Kawasan, Tuan Mohamad Husain. Diiringi oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT), Irwan Hamdan.
“PAS Tawau sangat bersimpati dan prihatin dengan nasib mereka yang ditimpa musibah dan berharap mereka terus bersabar. Dengan sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga yang terlibat di musim pandemik ini.” ujar Tuan Mohamad Husain.
Turut hadir bersama Setiausaha PAS Kawasan Tawau, Ustaz Razali Hasani, AJK PAS Kawasan Tawau, Riduwan Sirajuddin dan wakil dari AJK Dewan Muslimat Kawasan Tawau.
Sumbangan ini adalah hasil daripada kutipan orang ramai melalui PAS Tawau. Sekiranya ada yang ingin menyumbang, salurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad 10025010006556 (PAS Kawasan Tawau). Hubungi Tuan Mohamad Husain 0198333639 atau Majid 0138855758.