Home Berita PAS Wilayah

MPP Cadang Naik Taraf Longkang Tanah

1000
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

BATU : Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2, Ustaz Abu Bakar Abdul Rahman dan Penasihat Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ustaz Azhar Yahya telah turun meninjau permasalahan longkang tanah di sekitar Kampung Chubadak Tengah dan Surau Majidiah, baru-baru ini.

Hasil pemantauan yang dibuat mendapati longkang-longkang besar di sekitar kawasan terbabit dipenuhi dengan tanah dan sampah serta patut dinaik taraf.

“Usaha-usaha pembersihan yang segera juga perlu dilaksanakan secara bersama oleh penduduk setempat dan pihak berkuasa.

Pihak MPP akan menghantar cadangan kepada DBKL untuk mengadakan gotong-royong membersihkan longkang ini pada minggu ketiga atau keempat bulan November sebagai langkah awal untuk menangani permasalahan tersebut,” ujar beliau lagi.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Surau Majidiah dan beberapa orang penduduk setempat.