Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan bantu keluarga terjejas akibat COVID-19

605
SHARE

3 November 2020
Oleh: Basith Samad

KINABATANGAN: Keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah mendapat perhatian PAS Kinabatangan apabila parti berkenaan tampil bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Seramai 2 keluarga dari Kg. Batu Putih yang terputus bekalan makanan telah menerima set barangan dapur semalam.

Sumbangan bahan mentah seperti beras, telur, minyak masak, tepung dan gula telah diagihkan kepada penerima.

Penyerahan bahan sumbangan telah disempurnakan oleh wakil PAS Kinabatangan daripada Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, saudari Zainab.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS Kinabatangan telah menyerahkan bakul makanan kepada 11 keluarga yang terjejas akibat PKPB di Kg. Pelangi.

PAS Kinabatangan mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada orang ramai bagi kami membantu mereka yang memerlukan.