Home Berita PAS Pahang

Program santuni muallaf kaum orang asal

722
SHARE

31 Oktober 2020

Rompin :: “Bagaikan melukut di tepi gantang” mungkin ini yang boleh digambarkan kepada 15 buah keluarga muallaf orang asal ini setelah memeluk agama islam sebelas tahun yang lepas.

Bagi mewakili masyarakat Islam setempat, Mohd Nazlifah selaku wakil Imam Masjid Kampung Perpat terletak bersebelahan dari kampung orang asal tersebut telah menerima jemputan muallaf orang asal untuk mendengar permasalahan yang dihadapi mereka.

“Saya mewakili muallaf masyarakat orang asal di sini memohon dan berharap agar masyarakat Islam serta pihak berwajib dapat mengambil perhatian terhadap isu pendidikan Islam yang mana kami amatlah memerlukan bimbingan kelas agama iaitu ilmu Fardhu Ain dan kelas pembelajaran Al Quran terutamanya untuk anak-anak kami yang semakin hari semakin meningkat usia mereka tetapi tidak dapat bimbingan ilmu agama yang mencukupi,” kata Jamariah Muhammad.

“Kami juga memohon agar masyarakat Islam di sekitar dapat menjemput kami ke dalam program anjuran masyarakat Islam yang mana kami merasakan selalu dipinggirkan setiap kali adanya program berkenaan orang Islam”, tambahnya lagi.

“Saya berharap masyarakat Islam terutamanya pihak berwajib dapat memberi perhatian terhadap masalah kebajikan muallaf orang asal di sini di samping itu dapat dipercepatkan pembinaan surau yang telah diluluskan dua tahun yang lepas agar dapat digunakan oleh mereka”, kata Mohd Nazlifah selaku wakil Imam Masjid Kampung Perpat dalam kunjungan itu.

 

Penulis: Khairul Nizam Mi