01 NOVEMBER 2020
Kuantan :: Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang telah menggiatkan lagi usaha untuk meneruskan kempen pengumpulan barang buangan elektrikal dan elektronik, kali ini bertempat di Masjid Lama Permatang Badak Kuantan. Kempen ini berlangsung sepanjang pagi pada hari ini. Buangan elektrik dan elektronik yang dikumpul diuruskan oleh premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Kempen dilakukan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.
JAS Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang serta semua penduduk taman yang terlibat dalam menjayakan kempen ini.
Amal Pahang Studio