Oleh : Zurk Ahmad
Bahang dan gelora politik dan kenegaraan seakan semakin memuncak walaupun sudah ditenangkan dengan titah YDPA.
Masin titis peluh kepanasan dan lelah terpercik sama ke akar umbi. Takut, kalut, tegang dan serabut semuanya.
Tenang.
Saya kongsikan tulisan ulama tersohor Indonesia ini untuk renungan bersama:
“Di dalam menempuh jalan hidup janganlah cuba menjarak dari Tuhan sebab kendali yang sebenarnya terpegang di tangan-Nya.
Betapa pun kita memegang KEMUDI BAHTERA menuju pelabuhan yang di cita-citakan, namun yang menentukan arah angin ialah Dia.
Sebelum sampai ke tempat perhentian, janganlah lekas puas dan gembira jika nasib selamat, tetapi bersyukurlah!
Dan jika angin ribut menggoncangkan bahtera sehingga seakan-akan tiang akan patah janganlah bergoncang jiwamu sebab sesudah angin ribut itu alam akan terang kembali, sebab itu hendaklah SABAR.
Imbangan pelajaran hidup adalah diantara syukur dan sabar.
Perhitungan laba dan rugi bukanlah di tengah pelayaran, tetapi ditempat perhentian terakhir.”
- Petikan daripada Lembaga Budi, HAMKA
Kita belum menang. Usah kalut!
Zurk Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
13 Rabi’ul Awwal 1442H | 30 Oktober 2020
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#demiIslam
#muafakatnasional
#PemudaPAS
#islammengukuhperpaduan