Oleh : Zurk Ahmad
Ramai yang mengulas teruja dan gembira dengan kemenangan kali ke-29 berturut-turut Khabib Nurmagomedov pagi ini.
Menyelusuri kehidupan beliau sehingga berjaya menjadi bualan dunia hari ini. Suka untuk saya mengambilnya dari sudut kekeluargaan.
Beliau pernah menyatakan sangat menghormati dan “takut” dengan bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov yang juga merupakan jurulatih Khabib. Orang yang banyak mengubah hidup Khabib The Eagle dan kerjaya beliau. Orang yang sentiasa disisi Khabib dalam 28 kemenangan sebelum ini.
Air mata Khabib mengalir laju setelah memenangi pertarungan ke-29 awal pagi tadi waktu Malaysia. Sebak apabila dia mengenangkan orang tersayang tidak dapat meraikan bersama pada kali ini. Bapanya telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19.
Betapa didikan Abdul Manap telah membentuk akhlak dan peribadi Khabib pada hari ini. Tidak lekang dari bibirnya mengucapkan nama Allah apabila memenangi pertarungan.
Dan hari ini beliau secara rasmi mengumumkan untuk bersara demi menunaikan janji untuk menjaga ibunya setelah pemergian bapa yang dikasihi.
Allahuakbar!
Betapa bertuahnya ibubapa beliau.
Didikan agama dan tautan kekeluargaan sebenarnya kunci kepada segala macam kejayaan di dunia dan di akhirat. Taatilah kedua ibubapa kita selagi mereka masih hidup.
Orang muda yang baru memulakan hidup berkeluarga. Marilah kita semaikan kasih sayang dengan didikan yang terbaik untuk anak-anak kita supaya mereka dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara suatu masa nanti.
Untuk itu kita perlu kekal tenang. Kita perlu terus berusaha untuk Malaysia yang sejahtera.
Zurk Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
8 Rabi’ul Awal 1442H | 25 Oktober 2020
Kajang – Masih Zon Merah
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#KhabibNurmagomedov
#DemiIslam
#ResetMalaysia
#DaulatTuanku
#MalaysiaSejahtera
#KekalTenang