Oleh : PAS Kawasan Subang
PAS Kawasan Subang mengucapakan Tahniah kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya atas pengisytiharan sebagai Majlis Bandaraya Subang Jaya bermula 20 Oktober 2020.
Pengisytiharan oleh Dato Seri Menteri Besar Selangor atas perkenan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj.
PAS Kawasan Subang bersama rakyat dibawah jajahan MBSJ menaruh harapan yang besar supaya MBSJ terus mengorak langkah mentadbir Bandaraya ini dengan penuh hikmah dan bijaksana. Semua rakyat segenap lapisan mesti mendapat manafaat yang sekata di atas pemahsyuran ini. Kualiti urus tadbir yang baik tidak sahaja dilihat memberi menafaat kepada PBT sahaja tetapi juga bagaimana sistem ini dapat membantu meringankan bebanan rakyat, tidak menekan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menyediakan infrastruktur yang terbaik buat semua.
MBSJ wajar proaktif dalam membuka, melindungi dan memberi peluang kepada usahawan dan peniaga-peniaga kecil khasnya golongan Bumiputera yang masih ketinggalan di kawasan ini.
Tahniah kepada Dato Bandar, YBrs.TPr. Noraini Binti Roslan serta seluruh warga kerja MBSJ.
Ikhlas Daripada:
Tn Haji Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir
Yang DiPertua PAS Kawasan Subang
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor