Home Berita PAS Selangor

AIR SELANGOR: Sultan Bertitah Rakyat Bersuara – Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang

647
SHARE

Oleh : Puan Nor Zarina Mohd Azhar

Belum reda Selangor berdepan dengan gelombang peningkatan angka COVID-19, kini berdepan pula dengan isu ketiadaan air. Bukan kali pertama, tetapi telah berulang beberapa kali dalam jangka masa beberapa bulan.

Persoalannya, adakah pemimpin kerajaan negeri Selangor benar-benar menghayati keperitan rakyat dengan isu air yang bagai tidak berkesudahan? Rakyat wajar menuntut solusi tuntas dalam menangani kes-kes yang telah dikenalpasti puncanya.

Jangan marah bila rakyat meluah. Dengar, hayati dan selami realiti rakyat yang berbagai latarbelakang meluahkan suasana yang tidak sepatutnya diterima dalam sebuah negeri yang maju dan berjaya.

“Puan, tak tahu nak luah macamana lagi, anak-anak cuti sekolah semua di rumah dan air tiada lagi macam haritu. Nak masak ni puan, dalam rumah semua menunggu makanan. Mana boleh nak order grab je” Antara luahan rakyat di sini.

Ada juga yang mengeluh kesah di sekitar Puchong “Rumah bukan ada lif, tangga je. Jadi lagi masalah air ni, sakit pinggang angkut air satu bab, dah berkeluh-kesah ni satu bab lagi. Nasiblah….”

Sultan Selangor telah menyatakan dukacita kerana rakyatnya telah berada dalam kepayahan menguruskan kehidupan harian akibat terjejasnya keperluan air.

Apa jaminan tindakan Kerajaan Negeri Selangor akan lakukan untuk isu air ini selesai dan tidak berulang?

Jangan terasa andai rakyat meminta, berundurlah dari memegang kuasa.

Puan Nor Zarina Mohd Azhar
Ketua
Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor