Lawatan ke Ladang Khinzir di Bidor, Perak.
Pagi ini Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, YB Ahmad Saidi Mohamad Daud ke Ladang Khinzir di Bidor untuk melihat sendiri pelepasan air yang tercemar dari Ladang Khinzir ini.
Pihak berkuasa akan memastikan tiada lagi air yang tercemar yang dilepaskan oleh pemilik ladang khinzir ini.
Turut bersama dalam lawatan ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, YB Zaidi Aziz serta pegawai-pegawai dari Jabatan Veterinar Perak.
Perak akan memastikan ‘Zero Discharge’ bagi setiap Ladang Khinzir, dimana pemilik tidak dibenarkan sama sekali untuk melepaskan air lebihan keluar dari kawasan ladang.
Kerajaan Perak juga sangat komited dalam memastikan pencemaran air di Perak ini tidak lagi menganggu penduduk sekitar dan seterusnya penduduk setempat akan hidup lebih aman dan sihat.