Home Berita PAS Selangor

Negeri Sejahtera Tuhan Beri Kasih Sayang – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

504
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Al-Quran mencatatkan dahulu ada sebuah negeri bernama Saba’. Negerinya Makmur, indah dan sejahtera sekali (surah Saba’ ayat 15).

Semua kita impikan punyai negeri yang seindah negeri Saba’. Tidak tahu hendak mengambarkan sejahteranya negeri Saba’ itu bagaimana tetapi sudah tentu selamat, nyaman, harmoni, indah dan seronok.

Perkataan-perkataan itu mungkin boleh menggambarkan betapa indahnya negeri Saba’, barangkali. Namun hakikatnya Allah sahaja yang tahu.

Sejahteranya sesebuah negeri kerana mendapat kasih sayang Tuhan Maha Pencipta. Kasih sayang akan dapat diperolehi dengan permintaan. Sudah tentu atas permintaan pemerintah dan rakyat negeri itu.

Allah Maha Pemberi. Sesiapa yang memintanya pasti Allah akan beri.

Jom kita pohon kepada Allah SWT semoga Negeri Selangor dan Negara Malaysia ini mendapat kasih sayang Allah.

Ya Allah, kami berdoa kepada-Mu. Berilah kasih sayang-Mu kepada negeri kami dan negara kami ini.

Ameen. Ameen. Ameen.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor