Home Berita PAS Selangor

Turun Ke Lapangan Memantau Penurapan Jalan Sekitar DUN Sijangkang – Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor | Dato Dr Ahmad Yunus Hairi

721
SHARE

Oleh : YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi

Hari ini bersama-sama Pegawai JKR Kuala Langat bagi melihat semula kerja-kerja penurapan jalan di sekitar kawasan DUN Sijangkang.

Dapat dilihat beberapa batang Jalan telah selesai di turap semula dengan pelbagai Kualiti. Kerja penurapan jalan yang dilakukan di Jalan Orkid/Lorong Bahagia tidak memuaskan.

Perancangan pada tahun hadapan adalah untuk menaik taraf beberapa batang jalan lagi dan ini perlu mendapat kerjasama dari pelbagai pihak.

Dapat juga dilihat ada Pembinaan rumah diatas rezab Jalan, kedudukan parit besar menyempitkan rezab jalan, bangunan awam atas rezab jalan dan beberapa jalan di dalam DUN Sijangkang telah ditambah baik keadaannya.

Saya turun ke lapangan bagi memastikan kerja penurapan dilakuakan dengan kualiti yang terbaik supaya memudahkan urusan penduduk di DUN Sijangkang.

YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi
ADUN Kawasan Sijangkang
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor