Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
- Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang merupakan tokoh politik Islam tanah air yang tersohor dan menyandang jawatan sebagai Presiden Ketujuh Parti Islam Semalaysia (PAS) bermula bulan Julai 2002 sehingga kini serta pernah menjadi Menteri Besar Terengganu bermula tahun 1999 hingga 2004.
- Ketokohan beliau juga pernah diangkat di peringkat antarabangsa sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Dan kini beliau dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri dalam usaha memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara-negara di rantau.
- Istimewanya Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang beliau pernah tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh ‘The Royal Islamic Strategic Studies’ yang berpusat di Jordan pada 2016.
- Tokoh ini merupakan insan kebanggaan dan permata dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atas jasa besar beliau dalam memimpin parti bertunjangkan tarbiyah, dakwah dan siyasah. Walaupun insan ini telah lama melalui jalan mehnah namun terus kuat demi mardhatillah.
- Maka Dewan Muslimat PAS Selangor (DMPNS) mengucapkan selamat hari lahir kepada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang yang ke-73 yang bertarikh pada 20 Oktober 1947.
- DMPNS mendoakan Tuan Guru dikurniakan keberkatan usia dan terus memimpin PAS mendaulatkan Islam di bumi Malaysia.
“Kejayaan Islam memerintah berpandukan hidayah al-Quran berdasarkan tiga tonggak iaitu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, konsep taqwa dan rahmat kepada seluruh alam.” – TGHH dalam buku
Celupan Jarum Kecil di Lautan Ilmu Al-Quran.
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera.”
Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
20 Okt 2020/3 Rabiulawal 1442 H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor