Oleh : Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
- UMNO dan PAS sudah berdekad wujud dan berdiri megah dalam wadah politik Malaysia. Sekian lama perbezaan dan percanggahan dalam perjuangan politik telah dileraikan demi membela anak bangsa dan menyelamatkan Malaysia yang dilihat makin dihambat pelbagai isu yang menggugat ketenteraman rakyat dan keharmonian kaum di bawah pemerintahan Pakatan Harapan ketika itu.
- UMNO dan PAS kerjasama yang dibina mesti terus diperkasakan demi perpaduan dan pembangunan Ummah. Segala perselisihan dan pertembungan pendapat mesti dikendalikan dengan penuh hikmah dan toleransi.
- Saya menyeru agar kesepaduan yang telah dimeterai ini akan tetap utuh untuk kita bergerak seiring membina negara yang aman, makmur dan maju di atas prinsip perpaduan antara kaum yang telah lama berakar umbi di kalangan rakyat Malaysia.
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”
Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
20 Oktober 2020 | 3 Rabi’ulawal 1442H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor