KENYATAAN MEDIA PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, NGO DAN MASYARAKAT SIVIL NEGERI PERAK
? ??????? ?? ????? ??????? ????????
1. Jabatan Kesihatan Negeri Perak mengesahkan, terdapat kes positif dikesan pada 16 Oktober 2020 melibatkan tiga buah sekolah antaranya SK Kelebang Jaya, Chemor, SK Tanah Kebun, Parit Buntar, dan SMK Aminuddin Baki, Chemor.
2. Kenyataan itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO Dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, Razman Zakaria dimana semua sekolah yang tersenarai akan ditutup selama seminggu bermula hari ini.
3. Tindakan yang sama juga turut diambil Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Raudhatul Ulum, Klebang Restu Chemor dimana sesi persekolahan ditutup buat sementara waktu sehingga 25 Oktober 2020.
4. Berikutan risiko penularan wabak Covid-19 yang tinggi, tindakan berikut diambil sebagai langkah pencegahan awal selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
5. Semua ibu bapa dan guru diminta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memastikan penjagaan jarak sosial ketika berada di tempat awam, pemakaian pelitup muka, penjagaan kebersihan diri dan sebagainya.
6. Sebagai langkah susulan, semua sekolah yang terlibat dan mempunyai risiko kebolehjangkitan virus Covid-19 ini akan disanitasi dalam masa terdekat.
7. Diharapkan semua ibu bapa dapat memantau kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan rawatan sekiranya didapati bergejala seperti demam, batuk dan selesema khususnya bagi murid yang bersekolah di sekolah-sekolah terbabit.
?? ???? ?????? ??? ???????
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri Perak
19 Oktober 2020 | 2 Rabiulawal 1442H