Oleh : Zurk Ahmad
Konflik adalah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea dan kepentingan. Ia juga disimpulkan sebagai tidak sehaluan.
Manusia merupakan makhluk sosial, salah satu sifat utama dari makhluk sosial adalah berinteraksi dengan orang lain atau individu lain. Dalam berinteraksi dengan individu lain, tentunya tidak semua pendapat ataupun tindakan orang lain sama dengan yang kita harapkan. Pada saat dua individu atau lebih memiliki pendapat ataupun tindakan yang berbeza, maka akan muncul apa yang dinamakan dengan “Konflik”.
Terdapat pelbagai faktor yang akan mencetuskan konflik. Antaranya adalah seperti perbezaan pandangan, perbezaan persepsi, perbezaan kepentingan, kelemahan komunikasi, persaingan kompetensi, perbezaan status dan budaya, sifat keakuan, diskriminasi, kebencian dan perbezaan fahaman politik.
Konflik yang tercetus dari perkara yang kecil, jika tidak dibendung boleh mengakibatkan letusan konflik yang lebih besar seperti peperangan.
Berdasarkan bacaan berkaitan konflik ini, ingin saya kongsikan beberapa peringkat konflik yang biasa terjadi.
- Konflik Intrapersonal: Ini adalah konflik yang terjadi pada diri sendiri berdasarkan factor pemikiran peribadi itu sendiri seperti sikap, emosi, prinsip dan kepentingan diri sendiri. Ia akan menjadi lebih buruk jika individu itu tidak mempunyai keyakinan diri dan gagal mengurus emosi. Mereka yang mengalami konflik intrapersonal tidak boleh bersendirian dan memerlukan rakan sembang untuk membantu mereka mengurus emosi. Jika terdapat dua kepentingan dalam membuat pilihan, kembalilah kepada Yang Maha Esa. Solat istikharah adalah antara usaha yang baik untuk menyelesaikan konflik ini.
- Konflik Interpersonal: Konflik ini terjadi apabila terdapat pertembungan antara dua individu. Ia biasanya dipengaruhi oleh berbezaan pendapat, tujuan ataupun persaingan antara satu sama lain. Sememangnya tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan konflik ini selain salah seorang mesti mengalah ataupun menyokong satu sama lain serta meraikan perbezaan yang ada.
- Konflik Intragrup: Konflik ini berpunca daripada individu-individu dalam satu-satu kelompok itu sendiri. Ianya berlaku apabila tidak ada persefahaman ataupun berbeza halatuju dalam kelompok itu sendiri. Mereka akan saling menunding jari dan akhirnya akan wujud dua atau lebih ketua dalam kelompok tersebut. Konflik ini jika berterusan akan merugikan kelompok tersebut. Apatah lagi jika dapat dihidu oleh kelompok musuh. Mereka akan mudah berpecah dan akhirnya melompat ke kelompok yang lain dek kerana ingin menunjukkan protes.
- Konflik Intergrup: Konflik ini terjadi kerana terdapat perbezaan ataupun persaingan diantara dua kelompok berbeza. Biasanya mereka ingin saling bersaing untuk mendapatkan tempat didalam satu-satu pertandingan. Ideologi dan kaedah yang berbeza antara dua kelompok lebih memburukkan lagi keadaan bilamana masing-masing berusaha menonjolkan kelompok mereka yang terbaik untuk memenangi hati masyarakat.
- Konflik Interorganisasi: Konflik ini adalah konflik yang lebih besar dan sangat tidak menguntungkan jika tidak dibendung dengan baik. Apatah lagi jika ia melibatkan dua organisasi yang beroreintasikan wadah dan matlamat yang sama. Organisasi yang dimaksudkan adalah parti politik ataupun yang bersifat kenegaraan.
Walau apapun pendekatan yang diambil bagi menangani masalah atau konflik yang kita hadapi, secara fitrahnya, akibat pasti menyusul.
Kita tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan berfikir pada tahap pemikiran semasa kita menimbulkan masalah.
Oleh itu konflik perlu diselesaikan dalam keadaan tenang pasca tindakan emosi dan lebih elok jika dilerai orang tengah sebagai pendamai dan diselesaikan dengan baik oleh kedua pihak bertelagah.
Selamat berhujung minggu. Harap tenang sahaja semuanya. Jangan terjebak dengan konflik.
Zurk Ahmad
Kekal tenang.
Zurk Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#demiIslam
#islammengukuhperpaduan
#PemudaPAS
#memimpinnegara