MASYARAKAT MULA PRIHATIN DENGAN PENJAGAAN ALAM SEKITAR
KUANTAN, 18 OKTOBER 2020 – “Kami harap program sebegini dapat diteruskan lagi”, antara perkongsian pendapat dari masyarakat setempat.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang dan KRT Taman Guru, Kuantan telah mengadakan kempen pengumpulan Buangan Elektrikal dan Elektronik Edisi 1 bertempat di Balai Raya Taman Guru dimana kempen berlangsung sepanjang pagi hari ini. Buangan elektrikal dan elektronik yang dikumpul akan diuruskan oleh premis yang dilesenkan oleh JAS.
Hadir sama pada kempen itu Tuan Haji Muhammad Hisyam bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Pembangunan) JAS Pahang. Sebanyak 500 kg Buangan Elektrikal dan Elektronik dari isi rumah telah berjaya dikumpulkan.
JAS Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang dan KRT Taman Guru Kuantan serta semua penduduk taman yang terlibat dalam menjayakan kempen ini.
Program akan terus berlangsung sepanjang bulan ini. Berikut tempat kempen pengumpulan bagi minggu hadapan bagi negeri Pahang:
24 Oktober 2020
Kompleks Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2 Bandar Baru Jaya Gading (En Idris – 0199974060)
Balai Raya Kg Parit Engku Dato, Pekan ( Pn Intan – 01121933106)
Asia Honour Paper Industries, Mentakab (Mr Loo Ling Wah – 0199863115)
25 Oktober 2020
Masjid Qaryah Balok (En Saiful – 0176788930)
Kompleks Penghulu Mukim Kuala Kuantan 2 Bandar Baru Jaya Gading (En Idris – 0199974060)
Balai Raya Kg Parit Engku Dato, Pekan (Pn Intan – 01121933106)