Oleh : PAS Kawasan Shah Alam
Shah Alam, Selangor | 13 Oktober 2020
Atas dasar prihatin dan memahami segala kesukaran, PAS Kawasan Shah Alam diketuai oleh SU PKSA, Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim dibantu oleh Ketua cawangan Kg Kuatan Sdr Habib Halil telah menyampaikan sumbangan berupa pek makanan asas kepada keluarga yang menetap di sekitar Kg Kuantan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Seramai 30 keluarga dibekalkan dengan barangan asas yang mengandungi beras, minyak, gula, biskut dan air jenama vitagen.
Sebelum ini kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPB termasuk 14 hari berkuat kuasa mulai 9 Oktober 2020 rentetan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di beberapa kawasan Zon Merah mukim Klang.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor