Oleh : PAS Kawasan Kota Raja
KRCAMALSELANGOR telah Banyak terima pertanyaan tentang program ini samada diteruskan atau dihentikan kerana peningkatan jangkitan Covid 19.
Jawapannya, program ini asalnya diperkenalkan untuk membantu ramai yang terkesan kerana Covid 19. Dari yang kehilangan pekerjaan, atau Asnaf, pekerja gaji harian dan kontrak, pekerja yang dicutikan dan hilang pendapatan dan lain2.
Waktu yang sama lahir ramai penyumbang yang ingin berinfaq kepada organisasi KRCAMALSELANGOR yang sejak Krisis Covid telah meningkatkan gerakerja kebajikan dan kemanusiaan.
Maka program ini tetap diteruskan seperti biasa malah akan meningkatkan volume atau kapisiti masakan dalam anggaran 200 pek setiap Sabtu dan Ahad bagi membantu mereka yang memerlukan termasuk Mahasiswa di beberapa Universiti tempatan.
Doakan semoga program Kebajikan, Dakwah dan Siasah ini menjadi wasilah untuk manfaat lebih ramai yang memerlukan dan juga sebagai pembuka ruang kepada budaya Infaq di kalangan mereka yang Allah lebihkan harta berbanding yang lain2.
Terima kasih dari kami di KRC
Relawan Dapur Amal KRCAMALSELANGOR akan sentiasa bersiap sedia memenuhi keperluan Ummah tanpa diminta.
Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke da-lam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)
Doakan kami
Patuhi SOP dan putuskan rantaian jangkitan Covid 19. Semakin ramai pekerja akan terjejas jika Wabak ini berkembang dan berjangkit dalam komuniti.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#kitajagakita
#relawandapuramal
#krcdihatiku
#amalselangor