10 Oktober 2020
Oleh : Yusrizal Baco
SILAM : PAS Lahad Datu hari ini, membantu lebih 60 buah keluarga dalam Misi Bantuan Asnaf yang baru dilancarkan 2 Oktober lepas untuk membantu golongan terjejas sepanjang PKPDB.
Sebanyak 66 buah keluarga telah menerima bantuan tersebut di Kampung Tamoi Batu 5, Sepagaya dan Kampung Panji.
Misi kali ini diketuai oleh Landari Labobo, Ketua Dewan Pemuda PAS Lahad Datu.
Beliau berkata, “Golongan peniaga kecil di kampung ini merupakan antara golongan yang terjejas semasa wabak ini berlaku”.
Beliau berkata lagi “PAS akan beri perhatian kepada sesiapa sahaja yang terjejas disebabkan PKPDB ini tidak kira agama, bangsa, termasuk berlainan parti kerana ini yang di ajar oleh Tuan Guru Presiden PAS berkaitan Budaya Politik Matang & Sejahtera (BPMS).” ujarnya sewaktu menyampaikan bantuan tersebut.
Turut hadir sama Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Lahad Datu, En. Mohd Ahzam Che Mat bersama beberapa pemimpin yang lain menyampaikan bantuan tersebut.