Home Berita PAS Selangor

Patuhi SOP Di Larangan Bersalaman – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

595
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

“Eh mana pergi haji tadi? Dia terasa ke aku tak sambut salam dia tadi?”

Hati saya tak tenang, waktu saya duduk di kerusi kuliah tadi tengok haji tu takde kat tempat duduk dia, dia terasa ke??

Saya memulakan muqaddimah kuliah, lalu terus sahaja saya masuk bab bersalaman..

” Tuan-tuan memberi salam, berjabat salam, menjawab salam merupakan sunnah yang sangat baik, begitu banyak pahala yang Allah berikan kepada kita hanya dengan salam”

” Namun pada ketika ini, Allah sedang menguji kita dengan penyakit yang sangat merbahaya yang boleh menjangkiti orang yang berada disekeliling kita dengan sangat mudah sekali”

” Saya mohon maaf sangat-sangat pada Ayah-ayah sekiranya saya tak sambut tangan ayah-ayah untuk bersalaman, saya bimbang saya akan menyakiti ayah-ayah. Kerja saya bertemu dengan ramai orang saya risau andai saya pembawa lalu bersalaman dengan ayah-ayah menjadi sebab ayah-ayah terkena virus pulak nauuzubillah”

InsyaAllah kita cuba sama-sama mendisiplinkan diri kita. Tiada bersalaman antara kita walau berlaga penumbuk sekali pun.

Kasihani para petugas kesihatan kita, mereka juga ada keluarga, mereka juga ada urusan yang perlu diselesaikan.

Tanpa menyalahkan sesiapa
Kita terus Jaga Kita. Masih rasa bersalah namun ia demi manfaat yang lebih besar.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor