Home Berita PAS Selangor

Jumaat Merupakan Hari Hijau – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

627
SHARE

Oleh : Zurk Ahmad

“Kemudian setelah selesai sembahyang maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).”

  • Surah al-Jumu’ah, ayat 10

Hari ini Jumaat, 9 Oktober 2020 bersamaan 21 Safar 1442H.

Di negeri kelahiran saya, mengenang waktu kecil – 30 tahun yang lalu, hari Jumaat adalah hari yang paling menyeronokkan. Hari Jumaat kami akan bangun awal, solat subuh dan kemudiannya menunggu van (orang kampung saya panggil “beng”). Nak kemana tu? Kami ke Masjid Rusila. Ke Kuliah Dhuha TG Haji Abdul Hadi. Kami yang umur 8-9 tahun ni dengar ke? Sudah tentulah tidak. Tapi kami seronok ke majlis ilmu. Alhamdulillah, bau pasir pantai Rusila dan bau air kolah masjid masih dapat dibayangkan sehingga saat ini. Hari Jumaat hari ilmu.

Semua sedia maklum Jumaat ialah hari mulia dan ada keistimewaan tersendiri berbanding dengan hari-hari yang lain. Justeru, luangkan sedikit masa kita untuk melakukan amal ibadah.

Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Kelebihan hari Jumaat dapat kita fahami melalui hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah)

Namun, dalam kemuliaan Jumaat, tidaklah bermakna hari itu harus ditumpukan kepada ibadah khusus semata-mata. Bahkan Islam agama yang menyeru kepada jihad dan kesungguhan bekerja melarang seseorang duduk tanpa melakukan sesuatu.

Hari ini, minggu keempat kami melalui Dewan Pemuda PAS Hulu Langat (DPPHL) telah menggerakkan kempen memakai pakai hijau pada hari Jumaat. Ianya bukan untuk membawa sikap ekstremis. Sekadar ingin membangkitkan momentum persediaan anak muda ke arah jihad menentang kemungkaran terutama di bumi Hulu Langat. Dengan izin Allah.

Jumaat Hari Hijau.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#demiIslam
#muafakatnasional
#PemudaPAS
#memimpinnegara
#GreenFriday
#jumaatharihijau
#youth4green
#dpphl