Oleh : Ustaz Hanif J
° DAP ANTI ISLAM.
DAP cukup terkenal dengan keceluparan dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal-ehwal, institusi dan tokoh Islam.
Pemuda PAS pernah menyenaraikan 15 hujjah yang menyatakan dengan jelas sikap DAP yang anti kepada Islam. Sehingga kini tiada sanggahan daripada DAP.
https://www.google.com/amp/s/harakahdaily.net/index.php/2019/01/22/15-hujah-dap-memang-anti-islam/amp/
Begitu juga Dr Ridhuan Tee pernah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan bahawa DAP anti kepada Islam.
Maka tidak pelik apabila DAP serta konco-konconya terus menerus menghasut dan mengagalkan apa sahaja usaha yang cuba dilakukan oleh PAS.
° PAS MENANG DI SABAH
Umum mengetahui bahawa PAS tidak bertanding di Sabah, PAS dengan besar jiwa memberikan laluan kepada rakan muafakat untuk bertanding miskipun PAS mempunyai jentera yang baik di beberapa tempat.
PAS menzahirkan sokongan penuh kepada calon GRS serta mengarahkan jenteranya di Sabah untuk turun membantu. Miskipun tidak bertanding PAS tetap ditembak bertalu-talu oleh RBA DAP bersama penjilat tegar mereka di kalangan “Anak Derhaka”
Hasilnya harini diisytiharkan PAS MENANG di Sabah dengan terlantiknya Dr Aliakbar Gulasan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah. DAP terus menghasut.
° PAS KEKAL DENGAN DASAR ISLAM
Islam agama rahmat, Islam agama kasih sayang, Islam agama persaudaraan, Islam agama perpaduan.
PAS sejak dari awal penubuhannya terus konsisten dengan dasar Islam. Semakin hari semakin ramai yang memahami, bahkan ianya dizahirkan oleh sahabat non muslim yang telah bersama dengan PAS.
Rahsia kekuatan PAS adalah kerana dasar PAS adalah ISLAM. Kerana dasar ini PAS mampu berada di persada politik yang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Ada ketikanya PAS menang ada ketikanya PAS kalah pimpinannya saling BERTUKAR ada yang melompat ada yang lari namun perjuangannya tetap kukuh bahkan semakin ampuh di persada politik tanah air.
Ianya kerana dasar Islam yang dibawa oleh PAS kekal relevan walau dimana sahaja ia berada Islam adalah kehidupan.
Islam Memimpin Perpaduan.
Hanif J
Yang mendoakan agar DAP hilang dari dunia.
Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor