Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang
Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang merasai kesukaran dan jerih payah yang dilalui khususnya warga Klang dalam situasi kini. Apabila arahanyang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan beberapa daerah yang telah diklasifikasikan sebagai Zon Merah, pastinya menjadi pelbagai kerisauan dan menjadi bebanan buat semua.
Namun anggaplah ujian yang telah diberikan pada masa ini sebagai peringatan dan “Silent Mode” buat sementara waktu sehingga jumlah kes ini menurun seperti sedia kala.
Sebaiknya, fasa kritikal gelombang kedua COVID-19 sepatutnya dianggap ruang yang menguji keteguhan akidah dan pada masa terbaik untuk sama-sama bermuhasabah diri.
Rasulullah SAW menekankan konsep tawakal yang sebenar, iaitu bukan hanya berserah kepada Allah SWT tanpa berusaha mengelakkan diri daripada risiko.
Sabda Rasulullah SAW: Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Apabila berlaku dalam negeri yang kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (HR Bukhari dan Muslim)
Islam mengharamkan seseorang memudaratkan diri sendiri dan orang lain kerana ia amat bertentangan dengan maqasid syariah.
Sama-sama kita menjaga kesihatan kita agar bebas daripada wabak ini. Pertingkatkan langkah-langkah dalam mematuhi Standrad Operation Procuder (SOP) yang telah dikeluarkan oleh MKN dan KKM.
“ISLAM MEMIMPIN”
Solihudin Bin Mohamad Jahar
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang
20 Safar 1442H / 08 Oktober 2020
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor