Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
8 Oktober 2020 l 20 Safar 1442
- Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) melahirkan rasa kekecewaan atas insiden sekian kalinya pencemaran tangki air sehingga menjejaskan rutin harian pengguan air lebih 300 000 pemegang akaun bagi beberapa daerah yang terkesan.
- Pencemaran yang dipercayai kesan dari bahan pembuangan dari kilang di negeri jiran mengakibatkan rakyat Selangor kembali menjadi mangsa sedangkan isu pencemaran sungai Gong sebelum ini baru sahaja terjadi, kini isu yang sama memangsakan rakyat negeri ini namun berbeza pada puncanya yang kali ini kesan dari kilang yang bertapak di negeri jiran, Negeri Sembilan.
- DPPNS mendesak kerajaan negeri untuk lebih proaktif dalam pelbagai usaha menangani insiden pencemaran sungai yang menjejaskan penggunaan air secara harian ini dengan 3 perkara :
i. Penyediaan alat Pengesan pencemaran bau yang lebih moden dan cepat kepekaan dari yang sedia ada. Keperluan sekarang ialah penambah baikan daripada alat pengesanan secara manual kepada alat pengesanan yang lebih moden bagi mengesan insiden lebih awal dan cepat agar mampu dicegah dan ditangani.
ii. Langkah Proaktif untuk menjaga sumber air Selangor dengan mewartakan kawasan penggiran sungai sebagai kawasan tadahan air dan hukuman berat menanti bagi mana-mana pihak yang mencerobohnya.
ii. Alihkan serta sediakan kawasan industri dan sebarang operasi kilang yang lebih jauh daripada sungai agar tidak mengotori apatah lagi mencemarkan punca air bersih yang sedia ada bagi dibekalkan kepada rakyat negeri Selangor.
- DPPNS juga mengharapkan semua rakyat yang berada di tempat terjejas untuk terus tabah dan bersabar serta menggerakkan kerja usaha sama membantu kebajikan satu sama lain sementera menanti pemulihan air bagi disalurkan secara berperingkat.
Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam
Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor