SUMBANGAN ELAUN JSPK
Seperti kita sedia maklum, setiap kampung telah melantik seorang wakil parti politik sebagai Jawatan Sementara Pengurusan Kampung (JSPK).
JSPK ini diberikan elaun setiap bulan oleh kerajaan negeri. Tuan Haris Bin Wahid selaku JSPK kampung chikus juga menerima elaun tersebut.
Elaun yang diterima oleh Tuan Haris telah disumbangkan kepada bendahari PAS Cawangan Chikus.
Beliau menyerahkan elaunnya selama 3 bulan ini kepada bendahari PAS Cawangan Chikus, Tuan Akmal Hakimi bagi digunakan untuk keperluan parti.
PAS Cawangan Chikus terharu dan berbesar hati dengan sumbangan ini.
Ternyata masih ada individu yang ikhlas melakukan amanah dan tanggungjawab tanpa mengharapkan habuan.
InsyaAllah sumbangan elaun akan digunakan bagi membantu penduduk setempat khususnya cawangan Chikus yang terjejas akibat pondemik covid19 ini.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan haris atas sumbangan ini.
Semoga Allah membalas jasa dan kebaikan beliau dan menerima semua ini sebagai amal kebajikan sebagai bekalan di akhirat kelak..
Tuan Akmal Hakimi
Bendahari
PAS Cawangan Chikus