IPOH – Sukan Sepak Takraw adalah sukan tradisional itu mempunyai tempat istimewa dalam kalangan rakyat dan hampir segenap masyarakat bermain sukan tersebut.
Sebagai seorang peminat Sepak Takraw Tanah Air, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak, YB Akmal Kamarudin sempat meluangkan masa untuk bersama Pasukan Negeri Perak semasa sesi latihan mereka di sini.
“Saya sentiasa mengikuti perkembangan skuad utama, Negeri Perak, Perak Bison yang menjuarai Liga Perdana Sepak Takraw League (STL) tahun lalu”, kata beliau.
Akmal semasa memberi sedikit kata-kata semangat untuk mereka terus berusaha dan menyatakan sokongan dan dokongan kepada atlet dan jurulatih serta pengurus Perak Bison.
Terus Usaha!