Home Berita PAS Perak

Cakna Masalah Rakyat | Pegawai Khas ADUN Gunung Semanggol

846
SHARE
BAGAN SERAI
Pegawai Khas ADUN Gunung Semanggol Encik Ahmad Rosman Razali diiringi staff pusat khidmat melakukan rondaan untuk meninjau keadaan terkini projek-projek bantuan dan infrastruktur yang dijalankan di sekitar DUN Gunung Semanggol.
Tinjauan juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang timbul di samping bertemu penduduk untuk menyelami permasalahan mereka.
Lokasi pertama yang disinggahi, pembinaan rumah bantuan Baitulmal kepada Abu Bakar bin Sabran di Parit Haji Ali Masjid Tinggi. Didapati pembinaan rumah telah hampir siap sepenuhnya cuma menanti serahan kunci rumah secara rasmi dari pihak Baitulmal.
Seterusnya ‘team ronda’ menuju ke Parit Gabis di mana projek pembinaan semula pintu air yang telah rosak, yang menjadi laluan bekalan air untuk pertanian padi berkeluasan lebih 1000 hektar melibatkan tiga buah kampung iaitu Parit Gabis Atas, Parit Gabis Bawah dan Teluk seribu 1 & 2.
Menurut pegawai pemantau dari IADA Kerian yang berada di lokasi menyatakan bahawa projek tersebut akan cuba disiapkan dalam pertengahan bulan ini memandangkan jadual penanaman padi yang akan turut bermula.
Dalam perjalanan menuju ke Semanggol, singgah di Parit Dua Kubu Gajah melihat rumah bantuan Baitulmal kepada Sdr. Rosman. Rumah tersebut telah diluluskan kepada ibu Rosman iaitu puan Jumas bt Okob.
Alhamdulillah rumah telah siap sepenuhnya dan kunci juga telah diserahkan.
Lokasi terakhir rondaan di rumah ibu kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Perak Dr Najihatussalehah yang terletak di Jalan Kerian Semanggol. Bertemu dengan ibu beliau untuk mendengar permasalahan berkenaan urusan barkait Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian.
Setelah berbincang, Pegawai Khas ADUN memohon agar pihak yang berurusan dapat menyediakan dokumen tambahan yang diperlukan untuk semakan terhadap permasalahan yang ditimbulkan. Turut mengiringi JPKK En. Mazlan