Oleh : Ustaz Hanif J
“Hampir setiap hari kami kene berlari dari rumah ke pantai morib, yang risau tu kat kanchong bengkok, anjing duk berkeliaran Kadang-kadang kene kejar memang pecut la cepat je sampai hii” cerita Tn Hj Rahman Sidek (aman) waktu kami makan.
“Arwah ayah wajibkan kami aktif satu sukan, mesti mahir satu sukan selain pelajaran, dah hari-hari kami main badminton jadi minat main, lepas tu wakil sekolah, negeri dan negara”
Teringat kisah ibu Sultan Muhammad Al-Fateh yang hampir setiap hari membawa Sultan Muhammad naik keatas satu tempat yang tinggi.
Lalu mengatakan kepada Sultan Muhammad “lihat tembok Konstantinople itu, wahai Muhammad kamu akan menakluki kota itu suatu hari nanti”
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”
Pentingnya pendidikan awal anak-anak, waktu ni apa sahaja yang kita berikan apa yang mereka dapat akan tersimpan kukuh dalam pemikiran mereka dan mampu membentuk perwatakan mereka.
Maka pasaklah didikan agama untuk mengenal Allah sebagai perkara utama, kemudian disusuli dengan ke menjadikan yang lain.
Maksud hadis “Setiap anak yang lahir dilahirkan di atas fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi, atau Nasrani.”
Hanif J
Kagum dengan almarhum Dato Hj Sidek.
Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor