Home Berita PAS Perak

Ziarah; Menunaikan Hak Sesama Muslim | Ketua Pemuda PAS Perak

467
SHARE

3 Siri Ziarah Ketua Pemuda PAS Negeri Perak

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Faisal Bin Puait telah melakukan aktiviti ziarah sekitar DUN Ipoh Timur, kemarin.

Tujuan Ziarah Kasih ini diadakan adalah untuk menyantuni golongan miskin, OKU, sakit, wanita, armalah dan anak yatim atau MOSWAY dalam usaha mengeratkan silaturahim serta sebagai inisiatif peduli asnaf yang terpinggir.

Ziarah ini selain menjadi inisiatif mesra rakyat menyampaikan khidmat kesihatan kepada golongan memerlukan, ia juga sebagai menunaikan hak sesama Muslim.

Antara yang sempat diziarah adalah seorang sahabat yang ditimpa musibah sakit tua yang mana pernah berniaga di Medan Kidd suatu ketika dahulu menjual tiket-tiket bas express dan menjual barang-barangan kesihatan.

Tidak jauh dari lokasi rumah pertama, terdapat sebuah rumah uzur yang kelihatan tiada berpenghuni.

Setelah di dekati, rupanya rumah itu dihuni oleh 7 beranak yang mana rumah tersebut sangat memerlukan perhatian dimana zink perlu ditukar, alangnya sudah reput, dinding ada yang perlu diganti malah terdapat 2 batang pokok besar yang merisaukan ditepi dan dibelakang perlu ditebang segera.

“Sekiranya hujan ribut membadai, takut pokok itu menimpa rumah pula” ,kata Ahmad Faisal.

“Saya dan rombongan akan cuba untuk membantu dalam masa terdekat”, tambahnya lagi.

Siri terakhir, Ahmad Faisal dan rombongan menziarahi sahabat yang berkerja sebagai tukang sapu di pasar berhampiran.

Menurut Ahmad Faisal, telah diserang angin ahmar (stroke) dan jatuh ketika bertugas 6 bulan lepas.

Turut bersama menzahirkan sokongan mengikuti ziarah tersebut Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Timur, Ustaz Azmi Murad, En Roslan Sulaiman dan En Hafizi.