Home Berita PAS Selangor

Kau Tak Akan Pernah Jumpa!!! – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Kredit Coretan Dari Negeri Selangor

1038
SHARE

Oleh : Suffi Kamari

Gombak, Selangor | 4 Oktober 2020

  1. Daripada sejak dulu orang melayu ni waima bergadoh sedara mara, suku kaum, dengan kawan kawan atau siapa sahaja, tapi bila dengan ulamak, kita secara automatik akan hormat, bersangka baik dan meraikan kehadiran ulamak. Mereka yang disekeliling seperti Tok Imam, Tok Bilal, Tok Siak, Tok Empat, Tok Kadi, Tok Mudim ini semua dimuliakan dan dihormati kerana alim ilmunya, jasa kepada masyarakat kita dll.
  2. Apatah lagi nilaian seorang Ulama’ yang bergelumang didalam politik yang terbukti alim rabbani, ratusan tulisan buku, memimpin jemaah islam berpuluh tahun dan terbukti sebagai ikon pemimpin islam diperingkat antarabangsa. Lihat rumahnya, pakaiannya, kehidupan hariannya, track record politiknya, semua nya terbukti sejak 70an lagi. Ini buka mengkultuskan insan bernama Abdul Hadi Awang atau kami panggil dengan nama mesra Ayah Chik, tapi kita orang muda, melayu Islam sangat menghormati dan meletakkan alim ulamak ini ditempat yang tinggi dalam kehidupan kita.
  3. Bahkan kita amat hormati tokoh Ulamak yang waima berbeda wadah politik seperti Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Ghani Shamsuddin, Dato’ Hj Hassan Ali (sekarang bergerak dengan gerakan tabligh dan dakwah), tidak akan sesekali memperlekeh mereka kerana mereka alim dan wajar dihormati oleh anak muda.
  4. Zaman langit terbuka, bila DAP mencuba sedaya upaya menarik anak muda melayu kedalam parti mereka, maka kerja jahat ini dibuat oleh anak muda seperti beliau ini. Menjengkelkan. Kenapa perlu sebegini rupa bersangka buruk kepada batang tubuh Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang? Kamu tahukah jadual harian TGHH ni di Rusila dan di Kuala Lumpur? Kenapa akhlak kamu anak muda melayu Islam seperti ini kepada alim ulamak? Nga Kor Ming siap liked tanda suka akan kerja buat komen anda.

Tolak lah parti DAP ni tuan tuan. Anak anak melayu kita kalau masuk DAP pasti acuannya mesti macam ni. Nak anak anak kita mencerca alim ulamak, Nah kita biarlah sahaja mereka masuk DAP dengan bangga. Habis punah!

Jangan cakap Admin tak bagitau awal!

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor