Home Berita PAS Selangor

Badal vs Bedal – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

538
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Dalam ilmu nahu Bahasa Arab ada satu tajuk kecil namanya badal (bukan bedal) digunakan untuk memahami maksud orang yang bercakap.

Contohnya apabila Allah menyebut di dalam ayat 97 surah Ali Imran; “Allah mewajibkan kepada semua orang untuk mengerjakan haji….”

ولله على الناس حج البيت….

Frasa awal ayat ini kewajiban kepada semua orang. Tapi Allah memberi frasa kedua. Frasa kedua merupakan BADAL, iaitu firman; “bagi sesiapa yang punyai kemampuan untuk melaksanakannya.”

من استطاع اليه سبيلا.

Ini bermakna kita dapat memahami bahawa kewajiban mengerjakan haji adalah dikhususkan kepada umat Islam yang mampu sahaja, walaupun sebutan awal diwajibkan kepada semua orang.

Faham kan?

Rasanya seni nahu ini adalah badal isytimal (بدل الاشتمال).

Dalam seni Bahasa Melayu pun ada contohnya begini; “jom kita kecam orang politik, kerana merekalah penyebab covid-19 kembali tersebar.”

Apakah si penutur itu maksudkan? Adakah beliau mengecam SEMUA orang politik? Sudah tentu tidak bukan? Sudah tentu maksud beliau ialah kecaman kepada orang-orang politik yang pulang berkempen dalam PRN Sabah tetapi tidak kurantin diri.

Contoh lagi; “tak guna punya cikgu, tak reti nak jaga diri (kurantin) , habis satu sekolah jadi cemas.”

Sudah tentu si penutur tidak bermaksud mengecam semua guru kan? Kecaman hanya dituju kepada guru yang tidak kurantin diri apabila ber-kontek rapat dengan suaminya yang baru pulang dari Sabah.

Fahimtum?

Jika dalam seni Bahasa Arab kita sebut badal dalam seni Bahasa Melayu nak sebut apa?

Bedal? fikir-fikirkan lah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor