Home Berita PAS Selangor

Watak Pejuang Izzahnya Menggerunkan Musuh Dan Tawaduknya Menyamai Seorang Hamba – Dari Meja Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

560
SHARE

Oleh : Ustaz Syarhan Humaizi Halim

Dalam perjuangan ini, Allah SWT jadikan watak manusia yang berada dalam medan itu silih berganti sebagai suatu iktibar.

Ada watak Saidina Abu Bakar r.a yang senantiasa membenarkan kalam Nabi SAW. Hati-hati lisan dan tindakannya agar tidak mendahului Nabi SAW walaupun memiliki kepercayaan Baginda. Ukuran pengalaman serta pengorbanan dalam perjuangan membuah hasil dirinya disayangi lagi dihormati tanpa ditagihi.

Ada watak Saidina Umar r.a yang dikenali dengan sikap yang amat tegas tetapi tidak angkuh. Izzahnya mengeruni musuh, tawaduknya menyamai seorang hamba, santunannya melegakan para pejuang. Bukan lagak seperti singa kelaparan akhirnya kekenyangan melamah daging saudara sendiri.

Ada watak seperti Saidina Uthman r.a berhalus dalam tindakan. Dermawan telaga Ruma yang dibeli dengan nilai yang sangat tinggi untuk kegunaan kaum muslimin memikat cinta Nabi sehingga dianugerahkan “Zunnurain”. Punyai sifat zuhud dengan dunia walau harta dalam genggaman tumbukkannya. Huluran tangannya mengukir senyuman golongan mustad’afin. Mendongak langit akhirat, simbol lantai dunia sekadar tempat pijakkan.

Ada watak anak muda seperti Saidina Ali r.a berani dalam beradab. Berdepan musuh mewajahi ketangkasan Baginda. Tiada istilah toleh kebelakang saat baju besi menyarungi tubuh. Membujur diri sebagai gantian tubuh Nabi SAW dalam hijartulrasul, berprinsip menenggelam api fitnah yang dimarakkan oleh musuh dalam dan luaran. Kemuliaan wajahnya bukan dek keturunannya semata tetapi kiblat perjuangan kekasihnya.

Justeru, biar bicara dihiasi dengan amalan. Amalan menatijahkan kekerdilan diri. Namun bukan amalan diakhiri dengan keangkuhan. Hasilnya Allah beri pengajaran dalam perjuangan.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan & Media Baru
PAS Negeri Selangor

16 Safar 1442H | 4 Oktober 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor