Home Berita PAS Selangor

Apakah Kesudahan Pasar Jerami?? – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

1390
SHARE

Oleh : PAS Kawasan Sungai Besar

Sungai Besar, Selangor | 2 Oktober 2020

Masa depan Pasar Jerami yang beroperasi di Parit 14 Simpang 5 bersebelahan dengan Masjid Khairiah Parit 14 Simpang 5, kini seperti telur di hujung tanduk apabila diarahkan berpindah ke lokasi yang baru yang akan diusahakan oleh Panitia Pasar Jerami.

Antara keputusan yang dicapai sepanjang dialog tadi ialah operasi Pasar Jerami bakal diteruskan buat sementara waktu sehingga lokasi baru bagi dapat dicari oleh pihak Panitia. Walaubagaimanapun, perbincangan pengoperasian Pasar Jerami ini akan berterusan dari semasa ke semasa dengan agensi yang terlibat seperti Jabatan Pengairan & Saliran, Pejabat Tanah Daerah, Polis Diraja Malaysia dan ramai lagi.

Antara pimpinan yang hadir ke sesi dialog bersama wakil agensi kerajaan ialah Ustaz Mohd Fadzin Bin Taslimin YDP PAS Kawasan Sungai Besar, YB Muslimin Bin Yahya Ahli Parlimen Sungai Besar, Dato’ Jamal Bin Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Encik Maksom Bin Ramli AJK LATAS PAS Pusat merangkap Imam Masjid Khairiah dan peniaga setempat yang hadir menyatakan bantahan dan sokongan supaya pengoperasian Pasar Jerami diteruskan.

Semoga mercu tanda baharu Sungai Besar ini dapat diselamatkan dan menjadi salah satu tarikan orang luar untuk bercuti dan membantu ekonomi penduduk setempat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#PASSungaiBesar
#MemimpinNegara