Home Berita PAS Selangor

“Uzur Tidak Menghalang Untuk Terus Berjuang” – Info Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor

722
SHARE

Oleh : Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh

Kapar, Selangor | 2 Oktober 2020

Hari ini Pusat Khidmat PAS (PKP) Parlimen Kapar meneruskan program Ziarah Kasih. Kali ini giliran DUN Meru pula. Rombongan telah dibawa menziarahi penduduk sekitar Taman Sungai Kapar Indah.

Program Ziarah Kasih Kali ini disertai Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh ( YDP Kapar) merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor, Ustaz Wan Hamidi Wan Mat (TYDP Kapar), Dr Hajah Halimah Ali (AJK PAS Pusat) bersama Pimpinan PAS Kawasan, Pimpinan PKP Meru, Pimpinan Halwa dan AJK PAS Cawangan Taman Sungai Kapar Indah.

Salah seorang yang diziarahi ialah Tn Hj Mohd Yunus Mohd Yusof lebih dikenali dengan panggilan ‘Prof’.

Walaupun beliau dalam keadaan ‘Post Stroke’ namun beliau masih gagah dan komited di dalam menghadiri program Jamaah dan Kemasyarakatan.

Moga komitmen beliau akan menjadi contoh kepada kita semua.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#IslamMemperkukuhPerpaduan
#KamiSayangSemua