1 Oktober 2020/14 Safar 1442H
Penulis: Mohammad Khairul Izwan bin Ghazali
Muadzam Shah::Sempena meraikan Perayaan Kuih Bulan yang disambut oleh masyarakat Cina, PAS DUN Muadzam Shah membuat edaran Kuih Bulan di sekitar Bandar Muadzam Shah dan Bandar Satelit, Muadzam Shah yang di diami oleh masyarakat Cina.
Tujuan utama pemberian kuih bulan ini diadakan adalah untuk meraikan masyarakat Cina serta mengeratkan hubungan bersama dengan harapan hubungan ini berkekalan.
Aktiviti mengedar Kuih Bulan ini di ketuai oleh Tuan Ramli Bin Awang Ahmat selaku Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Rompin.
Program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada semua masyarakat Cina.
Semoga program bersama masyarakat ini terus dilakukan oleh semua pihak agar terus menjaga hubungan perpaduan sesama kita walau berlainan bangsa.
Program Edaran Kuih Bulan ini merupakan anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Rompin.