1 Oktober 2020/14 safar 1442H
Kuala Rompin, Rompin
Penulis: Khairul Nizam Mi
“Bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat” inilah pepatah yang selalu ditunjukkan oleh PAS dalam menyantuni masyarakat Tionghua setiap kali tiba Perayaan Kuih Bulan bermula awal Oktober ini.
Program edaran kuih bulan yang dianjurkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Rompin yang mensasarkan masyarakat Cina dalam Daerah Rompin.
Turut hadir bagi menjayakan lagi program ini adalah Tuan Haji Abdul Aziz selaku Setiausaha PAS DUN Tioman bersama ahli jawatankuasa PAS DUN Tioman.
“Program Pengedaran kuih bulan yang dianjurkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Rompin ini amatlah penting kerana ia sebagai satu simbolik PAS adalah parti yang menyatupadukan masyarakat majmuk di Malaysia” kata Abdul Aziz di dalam ucapannya.