Oleh : Zukri Bin Ahmad
“Dah banyak program kita buat, tapi macam sama je sambutannya. Boleh tak kita ubah sikit bagi nampak lain dari kebiasaan?”
Jawabnya – Boleh!
Apa salahnya buat kelainan. Untuk mendapatkan kelainan, kita perlu berfikir diluar kotak. Think out of the box. Kita perlu kreatif. Ia bukannya susah. Yang penting kita bebaskan fikiran kita dari belenggu sempadan dan peraturan serta berada diluar diri sendiri – untuk sementara waktu. Untuk berfikir.
Tulisan ini agak panjang. Sila baca dalam keadaan tenang?
Berikut mungkin beberapa cara yang mudah dan berkesan untuk kita memerah otak berfikir diluar kotak:
- Keluar dari zon selesa
Ya. Memang mudah untuk percaya perkara yang kita biasa percaya. Cabaran besar adalah untuk “bersaing” dengan diri sendiri berbanding bersaing dengan orang lain. Cuba kita keluar dari zon selesa dan ambil pendekatan yang sedikit berbeza daripada rutin biasa. Mungkin disitu kita akan jumpa jawapannya.
Contoh dalam Pemuda PAS, jika sebelum ini kita hanya selesa dengan kecenderungan aktiviti bermotor sahaja, apakata kita cuba jaga trafik atau kerja kebajikan pula bersama Jabatan Amal Malaysia. Mungkin cara fikir sebelum ini boleh membantu anda memajukan Jabatan Amal Malaysia! - Letakkan diri disituasi tertentu
Mainkan peranan yang baru. Fikir untuk selesaikan masalah dengan meletakkan diri kita dalam masalah itu. Kekadang kita perlu mendengar banyak pandangan dan perspektif yang berbeza untuk kita mendapatkan satu idea yang melangkaui cara pemikiran konvensional kita selama ini. Lebih banyak kita mendengar tanpa menyekat otak untuk mengatakan “ini adalah mustahil”, lebih banyak peluang untuk kita membuat sesuatu yang mustahil menjadi mungkin.
Mustahil orang Marang boleh memahami sosio-budaya dan keperluan politik orang Hulu Langat jika beliau tidak cuba untuk menjiwai dan menyelami hati budi masyarakat setempat. Oh ya, saya orang Marang.
- Belajar dari kesilapan
Kunci utama untuk belajar dari kesilapan adalah terlebih dahulu mengakui kesilapan tanpa sebarang alasan. Mungkin kita selalu dengan ungkapan “gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya”.
Ramai orang takut untuk gagal akan sentiasa melepak dalam kotak tanpa berani mencuba sesuatu yang baru.
Saya cadangkan tuan-tuan tonton Denzel Washington Motivation Speech 2020 (Fall Forward) dalam Youtube. Sangat menarik. Kita mampu berfikir diluar kotak jika kita mengalu-alukan kesilapan atau kegagalan sebagaimana kita mengalu-alukan kejayaan.
Jika kita malas untuk mencuba, kita tidak akan “selamat” daripada melakukan kesilapan. Oleh yang demikian, otak kita akan kehilangan keupayaan untuk berkembang mencari idea baru.
- Belajar menekan dengan persoalan
Penting untuk tidak biarkan otak kita memproses sesuatu yang sama setiap hari. Jadikan tabiat untuk buat “argument” terhadap fakta sedia ada. Bertanya soalan akan membantu kita memupuk pemikiran kreatif.
Kesimpulannya, sikap mahu mencuba sesuatu yang baru perlu sentiasa dipupuk agar pemikiran kreatif dapat dijadikan rutin dalam setiap gerak kerja.
Apatah lagi bila bergelumang dalam medan dakwah dan siasah yang semakin mencabar hari ini.
Don’t blame others for your situation. Look to your past to find what led you to where you are.
Zurki Bin Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#demiIslam
#beramalkeranaAllah
#youth4green
#PemudaPAS
#memimpinnegara