Oleh : Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Persaraan Allahyarham Dato Sidek Pada 1970 adalah tahun bermula detik beliau melatih anak-anaknya menceburi sukan badminton.
Allahyarham juga merupakan pengasas Kelab Nusa Mahsuri — kelab badminton pertama di Malaysia, ditubuhkan pada 10 April 1997. Beliau merupakan bapa kepada 5 orang jaguh badminton adik beradik iaitu Misbun Sidek, Jalani Sidek, Razif Sidek, Rahman Sidek dan Rashid Sidek. Allahyarham Dato’ Sidek, seorang yang tegas mendidik anak. Jasanya kepada dunia sukan negara memang tak terbalas.
Hari ini Saya bersama Ustaz Mohamed Sukri Omar & Ustaz Hanif Jamaluddin dan anak-anak muda Dewan Pemuda Pas Kuala Langat dalam program A Day For Charity bergotong royong menyiapkan landskap tugu peringatan kejayaan merangkul Pintar Piala Thomas buat keluarga Dato’ Hj Sidek. Peranan dan sumbangan buat negara ini perlu diingati dan dihargai.
Salah satu daya tarikan di Kanchong Darat ialah Rumah Haji Sidek yang merupakan bapa kepada lima orang jaguh badminton negara Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid Sidek. Kisah mengenai keluarga Haji Sidek atau nama sebenarnya Dato’ Haji Sidek bin Haji Abdullah Kamar pernah diadaptasikan dalam siri animasi Anak-Anak Sidek yang popular sekitar tahun 1990-an. Mural animasi juga dilakarkan sekitar tugu bersejarah ini.
Tahniah buat anak-anak muda Kuala Langat atas inisiatif secara sukarelawan untuk mengembalikan Pekan Morib kembali dikenali dan dikunjungi.
Tiga perkara yang saya ingin nyatakan
- Semangat sukarelawan anak muda dalam membentuk semangat cintakan mereka yang pernah berbakti dan berjasa buat negara.
- Mengharapkan Kerajaan Negeri Selangor memberi perhatian dengan menjadikan lokasi ini sebagai destinasi pelancangon Bagi menarik pelancong luar dan dalam negara bertandang ke Morib.
- Kami juga mengharapkan Usaha menghargai jasa wira negara ini mampu untuk memberi semangat Baru buat anak bangsa mengembalikan semangat wira negara dalam arena Badminton.
Apa hadis Yang Saya nak kongsikan?
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash RA, beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (Hadith riwayat Muslim, No: 2654, at-Tirmizi, No: 3522, Ibn Majah, No: 199, Ahmad, No: 6281, 16972)
Dalam riwayat at-Tirmizi: Adalah Rasulullah SAW dalam kebanyakan doa baginda adalah;
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Dalam riwayat Ibn Majah pula: Dan Rasulullah SAW berdoa:
يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
“Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu.”
Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#Youth4Green
#anakmuda