Oleh : Mohd Nasyran Muhmmad Rashid
Antara punca anak muda hari ini tidak mahu mendaftar sebagai pemilih kerana tidak mahu terlibat dalam politik.
Mereka rela melepaskan tangan dari tanggungjawab itu kerana kemelut politik yang berlaku.
Pada hakikatnya
Mengundi adalah politik dan tanggungjawab rakyat dan tanggungjawab sebagai seorang Islam.
Namun apa yang tidak benar ialah apabila anda mendaftar sebagai pengundi anda perlu terlibat dengan mana – mana parti politik.
Anda tidak perlu berceramah, terpekik, meraih atau memancing undi. Tugas anda hanya memerhati dan menilai siapa pemimpin yang anda ingin mentadbir negara ini.
Dengan sebab itu pilihan mengundi akan menentukan siapa Perdana Menteri dan kabinetnya.
Sekiranya kita hanya membiarkan sahaja tiba-tiba jadi musibah kerosakan kepada agama, bangsa dan negara. Ketika itu datang kesusahan kepada anda sebagai rakyat waktu itu sudah terlambat untuk menyesal.
Waktu itu baru nak Tweet di tweeter kata kerajaan zalim baru nak post di FB kata kerajaan Sampah, baru nak live di Insta kerajaan penipu itu semua telah berlalu.
Sebab itu mahu atau tidak sebagai manusia anda perlu mendaftar untuk memilih pemimpin. Kerana hasil undian itu akan menjadi jalan hidup anda di negara ini.
Lari kemana pun anda tidak akan selamat. Di akhirat juga akan di tanya tentang tanggungjawab kamu semua dalam memilih pemimpin. .
Sabda Rasulullah صل الله عليه وسلم
اسلم و تسلم.
Pilihlah Islam nescaya kamu akan selamat.
Daftar segera!
Layari : https://mysprdaftar.spr.gov.my/
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#PemudaPAS
#MemimpinNegara