Home Berita PAS Selangor

Takaful Kasih Penghargaan Untuk DHPP Bangi – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Ustaz Shafie Bin Ngah

1249
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Bangi, Selangor | 23 September 2020

Perkembangan mutakhir ini permohonan masuk menjadi ahli DHPP bagi PAS Kawasan Bangi bertambah sedikit demi sedikit secara konsisten. Bukan sahaja di Bangi khabarnya situasi yang sama menjalar ke seluruh Selangor bahkan ke seluruh negara.

Sudah tentu ini menunjukkan kepercayaan rakan-rakan bukan Islam kepada PAS semakin hari semakin baik.

Bagi menghargai kepercayaan yang diberikan PAS Kawasan Bangi mengambil inisiatif membiayai polisi Takaful Kasih. Skim Takaful Kasih ini disediakan oleh salah sebuah bank dengan jaminan yang sama seperti syarikat-syarikat takaful lain.

Skim ini merupakan Takaful Kemalangan diri yang mempunyai perlindungan diri dari RM10,000.00 hingga RM300,000.00. Bayaran premiumnya pula dari RM10.00 sehingga RM300.00 setahun.

PAS Kawasan Bangi komited untuk menjaga kebajikan ahli-ahli DHPP sama seperti ahli-ahli PAS sendiri dan polisi ini merupakan salah satu inisiatif kebajikan yang baru.

Tahniah kepada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bangi.

(Mana-mana ahli DHPP Bangi yang masih belum mendapat skim Takaful Kasih ini sila berhubung dengan Ketua DHPP Bangi atau Setiausaha PAS Kawasan Bangi)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor