Home Berita PAS Selangor

Kebijaksanaan Para Ulama Memimpin – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

383
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif Jamaluddin

Kuala Langat, Selangor | 22 September 2020

Ketika melihat tentera Tatar sedang mabuk berpesta minum arak, anak murid Syeikhul Islam Imam Ibnu Taimiyah رحمه الله berhasrat untuk mencegah kemungkaran tersebut namun ianya dihalang oleh Syeikh.

“minum arak itu adalah perkara mungkar kepada kita namun dengan meminum arak mereka jadi mabuk dan menegah mereka daripada melakukan perkara mungkar yang lebih besar iaitu membunuh dan merampas harta orang lain”

Terkadang ada perkara mungkar yang kita perlu tegur dan halang terus namun kadang-kadang ada perkara mungkar yang perlu ditangguh sehingga masa yang sesuai mengikut kepada keadaan dan maslahat. Ia memerlukan kebijaksanaan dalam melakukan amar makruf nahi mungkar.

Terima kasih ust ابو معاذ شكري عمر atas perkongsian yang sangat baik kepada kami berkaitan uslub @ kaedah Nahi mungkar (mencegah kemungkaran) mengikut panduan para alim ulama.

Moga kami terus dipandu oleh alim ulama menuju Mardhatillah. Hebatnya para ulama dalam Memimpin.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor