Oleh : Muhammad Fadzli Abu Bakar
Batu Caves, Selangor | 22 September 2020
Kerjasama PAS dan MIC ini telah membuka dimensi baru dalam menghadapi cabaran politik semasa dan masa hadapan selaras dengan motto PAS, PAS for all.
Menurut TG Presiden PAS kerjasama antara PAS dan MIC bagaikan sebuah keluarga yang bersatu atas dasar satu titik persamaan walaupun berbeza kaum.
Kebersamaan PAS, MIC dan Umno bukan perkara baru, malah ketiga-tiga parti ini pernah bersama menentang penjajah.
“Islam walaupun satu agama, di dalamnya adalah cara hidup yang perlu dihormati dan dipertahankan bahawa manusia pelbagai bangsa ini adalah satu keluarga di dunia yang besar.
“Sepatutnya kita satu keluarga, sebagaimana seorang diri tidak boleh hidup sendirian, mesti tolong-menolong, begitulah satu bangsa dalam dunia ini tidak boleh hidup dengan bangsanya sahaja, mesti bertolongan antara satu sama lain.
Muhammad Fadzli Abu Bakar
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor