Masjid Qaryah Balok telah didirikan sekitar tahun 1960 di atas tanah Kerajaan yang telah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Pahang bertempat di Kampung Balok.
“Pada asalnya masjid ini dibena dari kayu, tetapi apabila barlaku banjir banyak kerosakan”. Kata Nordin bin Abu Bakar sebagai Pengerusi Masjid ini.
Seni bina dan kecantikan Masjid Qaryah Balok berkonsepkan daripada kemahiran yang diambil dari Indonesia yang bertemakan kubah yang bewarna hijau yang menjadi mercu tanda utama masjid ini.
Pembinaan Masjid Qaryah Balok adalah hasil dari kutipan orang ramai, masjid ini dibina semula dari bahan benaan batu bata sekitar tahun 1990 dengan prasarana yang cukup menarik dengan kemudahan roomstay musafir, kedai menjual produk muslim dan kedai bekam, untuk kemudahan masyarakat setempat dan musafir yang singgah di masjid ini.
Menurut Hj. Nordin, selain dari tempat beribadat, masjid ini juga menjalankan aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan dengan terbentuknya beberapa Lajnah iaitu Lajnah Kebajikan, Lajnah Ekonomi,
Lajnah Keceriaan, Lajnah Pasarana,
Lajnah Pembangunan dan Lajnah Muslimat.
“Selain dari melakukan aktiviti qurban, mengacau asyura, agehan bantuan makanan kepada fakir miskin dan ibu tunggal, masjid ini juga mempunyai badan Khairat Kematian yang menguruskan jenazah” tambahnya lagi
Nordin juga sedang merangka beberapa aktiviti untuk menarik anak-anak muda cintakan masjid dan memakmurkannya.
Begitulah harapannya sebagai penutup bicara.
Oleh ; Habsah Ali