Home Berita PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi – Program Ziarah Kebajikan Berkala Sekitar Kawasan Bangi Diteruskan

559
SHARE

PAS Kawasan Bangi terus bergerak membantu golongan yang memerlukan melalui aktiviti ziarah dan pemberian sumbangan kepada rakyat sewaktu Program Semarak Hijau berlangsung.

Terbaru, aktiviti ziarah ini telah tertumpu di kawasan sekitar Sungai Tangkas yang menyaksikan penglibatan Pemuda PAS, Muslimat, DHPP dan Lajnah Kebajikan PAS Bangi.

Antara yang diziarahi adalah keluarga Encik Kanapathy dan Encik Ujang yang mengalami masaalah ekonomi dan kesihatan.

Kanapathy,76, beserta isterinya hidup dalam serba kekurangan dan tidak berdaya untuk bekerja bagi menampung kelangsungan hidup.

Beliau juga mempunyai masalah kesihatan dimana keadaan tulang kaki kanan yang abnormal menyukarkan lagi untuk melakukan aktiviti seharian.

PAS juga turut berkesempatan menziarahi Encik Ujang sekeluarga. Beliau adalah antara rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan PKP yang dibuat kerajaan Malaysia bagi mengelak Penularan pandemik Covid-19.

Selain tidak dapat berniaga, barang perniagaan beliau juga telah dirampas oleh MPKj pada bulan Julai yang lalu.

Aktiviti gotong royong membersihkan semak samun yang menebal di halaman rumah beliau juga turut dirancang oleh Pemuda PAS bersama Jabatan Amal Malaysia pada masa akan datang.

Antara yang turut hadir dalam sesi ziarah pada kali ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Bangi, Puas Hamsatul Hamzah, Ketua Penerangan PAS Bangi, Encik Afiq Khazar, Timbalan Ketua PAS Cawangan Sungai Tangkas, Engku Faisal serta wakil DHPP, Encik Saravanan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor