Kota Raja, Selangor | 10 September 2020
Di mana kesedaran bangsa kita di dalam menentukan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan kerajaan di dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara tercinta ini?
Ada lebih 4.5 juta rakyat yg sudah layak menjadi Pemilih SPR. Majoriti daripada bangsa Melayu tidak mendaftar sebagai Pemilih.
Manakala masyarakat Cina hampir 98% menunaikan tanggung jawab mereka bersama kesedaran yang tinggi dan mereka bersatu.
Di mana tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga dan masyarakat dalam memastikan lebih ramai orang Melayu perlu tahu bahawa peri pentingnya kita sebagai penentu Kerajaan yang dipilih mampu menggalas tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.
Kami barisan kepimpinan PAS Kawasan Kota Raja yg diketui oleh YDP Tn Hj Mohamed Diah Baharun bersama barisan Penolong Pendaftar Pemilih SPR beriltizam dan berusaha dengan penuh amanah untuk memastikan lebih ramai bangsa melayu dapat didaftarkn.
Pimpinan di peringkat PAS Cawangan mesti berkerja keras untuk menganjurkan program daftar pemilih ini terlaksana di tempat masing-masing dengan mensasarkn semua orang Melayu di tempat anda menjadi pemilih.
Ingat! Tarikh tutup untuk mendaftar bagi suku tahun 3, 2020 ini akan berakhir pada 15hb September 2020.
Kredit : NYDP PAS Kawasan Kota Raja
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor