Gombak, Selangor | 10 September 2020:
PAS DUN Hulu Klang bersama beberapa NGO telah meraikan para petugas kesihatan barian hadapan di Klinik Kesihatan Hulu Klang, Kampung Pasir dan Klinik Kesihatan AU2.
Klinik Kesihatan AU2 yang mempunyai 85 staf diwakili oleh En Anuar Sulaiman manakala Klinik Kesihatan Hulu Kelang dengan kekuatan 39 staf diwakili Dr Asma’ Hatta.
Sumbangan yang disampaikan adalah berupa sijil penghargaan, nasi Briyani, air mineral, pemanis mulut ‘cream puff’, buah-buahan dan ‘hand sanitizer’.
Jentera PAS diketuai oleh Penyelaras DUN Hulu Kelang, Ustaz Kamalul Hysham Bin Suhut dan Pengarah Jentera Pilihanraya DUN Hulu Kelang, Hj Azlan Maddin. Turut hadir pemuda dan muslimat PAS DUN Hulu Klang.
Wakil-wakil NGO yang hadir adalah daripada Persatuan Hulu Kelang Prihatin (PHKP), HIGOM dan Green Media menjadikan suasana penuh muhibbah dan kebersamaam terserlah tanda solidariti kepada petugas frontliners kita.
Menurut Pengarah JPrD Hulu Kelang, Tuan Hj Azlan Maddin menyatakan sumbangan berterusan kepada para doktor, jururawat dan semua ‘frontliners’ di Hulu Kelang akan menjadi aktiviti rutin sebagai tanda penghargaan dan mengharapkan agar para petugas kesihatan kita terus kekal motivasi dan fokus untuk membendung wabak pandemik COVID-19 ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor