بسم الله الرحمن الرحيم
PAS Kawasan Bangi dengan ini melancarkan tabung jihad, fokus kepada Pilihanraya. Pilihanraya Umum ke 15 sudah sangat hampir. Begitulah khabar yang kami terima.
Untuk menang di Kawasan Parlimen Bangi adalah cabaran besar bagi Muafakat Nasional. Dalam keadaan komposisi 52% Melayu dan 48% bukan Melayu, usaha ini umpama satu pendakian gunung yang tinggi. Justeru, kesungguhan dan keupayaan wajib digabungkan tanpa kompromi.
Kesungguhan boleh difahami maksudnya dengan pengetahuan di mana kita berada sekarang, ke mana destinasi tujuan dan bagaimana kaki boleh sampai ke tempat yang diidam.
Manakala keupayaan pula dapat difahami dengan kemampuan organisasi, kuderat dan taktik, serta kekuatan kewangan.
PAS Kawasan Bangi sudah bergerak ke seluruh ceruk dan pelosok Kawasan Parlimen Bangi, dari DUN Sg. Ramal sehingga DUN Kajang dan DUN Balakong, dengan pelbagai pendekatan dan aktiviti. Alhamdulillaah.
Sebenarnya banyak perkara lagi perlu kami lakukan. Namun semua rancangan itu berhadapan dengan banyak keterbatasan. Antara keterbatasan yang ada adalah kewangan.
Justeru, tabung ini kami lancarkan, demi mendapatkan sumbangan tuan-puan. Mudah-mudahan tuan-puan sudi menyumbang.
Kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Kami juga doakan, semoga sumbangan tuan-puan diberkati Allah, pahalanya menjadi asbab diampunkan kesalahan, menjadi asbab mudahnya kehidupan di padang Mahsyar dan menjadi asbab disegerakan perjalanan ke syurga idaman.
Ameen.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor