Home Berita PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor | Us Shafie Ngah – Aturan Pendakwaan Di Negara Kita Disusun Sebegini Rupa.

469
SHARE

Kata putus ada di tangan pendakwa.
Pendakwa letaknya di pejabat Peguam Negara (AG).

Apa-apa kemahuan untuk mendakwa mana-mana pihak, atas apa-apa kesalahan yang boleh didakwa, hendaklah dibawa ke pejabat AG melalui kertas siasatan.

Sekalipun sesuatu kesalahan telah berlaku di sesebuah negeri, pendakwaan hanya boleh dilakukan oleh jabatan AG.

Contohnya begini;
(a) Sebuah kilang di Rawang, Selangor, telah melakukan kesalahan membuang bahan cemar secara tidak berperaturan.

(b) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor melakukan siasatan, dan mengenakan kompaun ke atas pemilik kilang berkenaan.

(c) Pada masa yang sama JAS menyediakan kertas siasatan untuk tujuan mendakwa pemilik kilang berkenaan. Kertas siasatan berkenaan perlu dimajukan ke pejabat AG.

(d) Setelah AG berpendapat bahawa pemilik kilang tersebut wajar didakwa, baru ada pendakwaan.

(e) Dari situ, proses di mahkamah bermula.

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1
PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

9 September 2020 | 21 Muharram 1442H

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor