Home Berita PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Bangi – Maufakat Nasional Bangi Anjur Munajat

487
SHARE

Bangi, Selangor | 8 September 2020

PAS Cawangan Seksyen 1 dan UMNO Cawangan Jalan Bandar telah mengadakan program munajat bersempena dengan semarak kasih bertempat di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi.

Program yang bermula selepas solat maghrib itu dibimbing oleh Ustaz Jamir Kodiang. Munajat ini diisi dengan solat hajat, bacaan yassin, tahlil dan doa selamat.

Penganjuran sebegini adalah untuk menjadikan elemen tarbiah dan kerohanian sebagai penguat ikatan dan persaudaraan yang sedia terjalin antara para pendukung Muafakat Nasional Bangi.

Hadir bersama ialah Ketua Cawangan PAS Seksyen 1, Tuan Haji Kamarudin Yusof dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Bandar, Tuan Haji Talib. Turut hadir menyerikan munajat ialah Hafiz Othman Desa merupakan anak kepada Dato Othman Desa, Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Yang Dipertua Bangiku (persatuan penduduk BBB), Haji Hamdi Haron.

Haji Kamaruddin menyatakan penganjuran program sebegini adalah untuk menyakinkan kedua-dua pihak bahawa kerjasama yang dibentuk ini adalah demi Islam. Beliau berharap menerusi Muafakat Nasional yang dibentuk akan memberi impak positif kepada perjuangan Islam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor